Friday, August 19, 2011

Jenis & Perfume Tahan lama



Ha, post kali ni aku tujukan kpd org2 yg gila minyak wangi..perfume addicted..aku pn lebey kurang sama la perfume addicted jgk..tp x de la myk wangi mahai2..murah2 jaa..kui3..Korang tau x sbnrnya myak wangi ni ade jenis2 nye..dan harga yg mahal semestinya minyak wangi yg berkualiti tggi dan tahan lama..Jangan tanya kenapa anda beli minyak wangi x tahan lama..check this out dlu bru korang tau..aku akan explain jenis2 perfume dan kategori untuk perfume pompuan dan lelaki...

Sudah tentu minyak wangi ni sudah sinonim dgn kaum wanita..klu bleh nk kuar rumah sebotol minyk perfume..bau die 18 kilometre dah bau! pehh...dlm hand bag mesti dah ciap bagai2 jenis perfume..setiap hari akan tukar bau..nak2 aweks2 yg nk kuar p soping tu kn..sakit idong aku..fening2...kui3..berpada2 la nk pakai tu..bukan ke haram perempuan pakai bau-bauan yg terlampau? memadai sudah..


Apakah beza minyak wangi mahal & minyak wangi mahal??



Perbezaannya adalah dari segi kepekatan ‘pure perfume oil’ berbanding dengan jumlah alkohol di dalam campuran. Semakin tinggi ‘pure perfume oil’, semakin lama ketahanan wangian dari perfume, dan semestinya akan semakin mahal harganya. Secara khusus, ‘pure perfume’ tidak dijual di dalam botol jenis semburan, tetapi di dalam botol kecil untuk pembeli colek/’dab on’ pada kulit.

Peratusan isipadu(% by volume) yang dilihat pada botol adalah jumlah alcohol di dalam campuran perfume tersebut. Syarikat perfume mengalas ‘pure perfume oil’ dengan alkohol supaya bauannya tersebar lebih jauh, dan juga kerana wangiannya adalah terlalu kuat untuk dipakai. Perfume yang mempunyai campuran intipati yang kuat akan mempunyai lebih banyak alcohol didalamnya berbanding campuran yang kurang kuat.





Jenis perfume untuk kaum wanita:



1) Parfum

Wangian yang mempunyai campuran yang paling pekat, sekitar 15-40% kepekatan. Harganya juga adalah yang paling mahal, dan sudah pasti baunya juga yang paling kuat dan ketahanan yang paling lama berbanding jenis-jenis yang lain.

2) Eau De Parfum (EDP)

EDP adalah lebih ringan berbanding dengan Parfum, dengan kepekatan campuran sekitar 8-15%. EDP juga adalah lebih murah daripada Parfum dan mempunyai ketahanan haruman sekitar 3-5 jam. Tetapi ada juga perfume jenis EDP yang boleh bertahan sehingga 8 jam. Wangian jenis ini sesuai diguna pakai oleh wanita dan dipakai untuk ke majlis formal atau makan malam.

3) Eau De Toilette (EDT)

Ia adalah wangian yang lebih lembut, dengan kepekatan aromatiknya sekitar 4-8%, yang
mana ianya lebih sesuai dipakai untuk kegunaan harian seperti ke pejabat. Selalunya harga adalah lebih murah berbanding EDP dan berketahanan 2-4 jam selepas semburan.

4) Eau De Cologne (EDC)

EDC selalunya dipanggil Cologne dan mempunyai kepekatan aromatic yang paling cair, sekitar 3-5% kepekatan. Ketahanan baunya adalah sekitar 2-3 jam. Ni minyak wangi paling murah la..




Jenis perfume utk kaum Lelaki



Wangian utk lelaki ade 2 jenis je..eau de toilette ngan aftershave or cologne..x kn dpt jmpe perfume laki yg eau de perfume..Sbb tu kte tgk kt kounter2 minyak wangi, perfume pompuan lebih byk dri laki..so, man, kte ni simple je..sbb tu ade 2 jnis perfume utk lelaki..wat pe nk wangi2 sngat mcm pompuan..sbb lelaki ni ade bau die sndri yg bley mencairkn wanita! ceh2..wakakaka..(fakta)

1) Eau De Toilette (EDT)

Ini adalah jenis wangian yang paling pekat campuran aromatiknya untuk lelaki dan bertahan sehingga 5 jam selepas digunakan. Campuran aromatiknya sekitar 4-10%. Ianya sesuai digunakan ke majlis dan juga ke pejabat. Biasanya EDT ini tersedia dalam bentuk ‘splash’ dan ‘spray’.

2) Aftershave

Kurang kuat wangian dan ketahanannya, tetapi masih menjadi pilihan yang popular di kalangan lelaki. Dengan kepekatan aromatiknya sekitar 1-3%, ketahanan baunya adalah sehingga 2-3 jam. Aftershave adalah lebih ‘friendly’ dengan kulit, sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.

Cara memilih perfume



Selain menyemburkan kat atas kertas then kibas² kertas tu, perfume gak leh di try pd sapu tgn..ini utk mencium camne bau perfume tu pd fabrik. Boleh gak menyemburkan ke udara di atas tubuh anda berdiri. Then bile titis minyak wangi tu jatuh..tarik nafas dalam² dan hayati keharumannya..

Tips untuk memakai perfume



Waktu siang - semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ini utk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pd kulit.

Waktu malam - sesuai disemburkan pd bahagian tengkok atau blkg leher.

Tips lain :

~ utk membuatkan perfume yg dipakai tahan lama baunye, pakai bersama losen dan gel mandian dlm satu rangkaian yg sama..(laki & perempuan ade)
~ utk mengetahui sama ada perfume yg dibeli tu original atau tidak, goncangkan botol perfume then tgk buihnye..jika buih sikit dan cpt hilang tu tak ori..dan jika byk buih dan lambat ilang..haa ni bru ORIGINAL..(tips ni aku dpt dr sorg member yg jual minyak wangi).



p/s: aku ske perfume drpd Adidas..sbb bau die energertic..nape aku ckp aku guna myk wangi adidas org ckp "peh minyak wangi mahal!"...mahal kebende..1 botol rm23.50 je kot kt watson or guardian..bau die mmg long lasting..hihu..harap dgn panduan ni mmbntu korang dlam memilih minyak wangi yg terbaik..ofkos minyk wangi yg mahal adalah terbaik dan berkualiti..;-)

4 comments:

  1. thanks for the info.. btw, ADIDAS PUNYA PERFUMES MMG AWESOMEEE!!! :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Parfum Ori
    Gudangnya Minyak Wangi dengan aroma yang tahan lama.

    ----------

    ReplyDelete

Penaja

About

Introduction

Recent Posts

Penaja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here